SYARAT PERTANDINGAN

1. Kelayakan

Penggembaraan Bumi
Pertandingan terbuka kepada semua jurugambar di seluruh dunia tanpa mengira umur.

Kisah Batuan
Pertandingan terbuka kepada semua komuniti Geotaman UNESCO di seluruh dunia tanpa mengira umur.

Lima Deria Geopark Saya
Pertandingan terbuka kepada pelajar berusia 12-18 tahun yang tinggal dalam kawasan Geotaman UNESCO.
Setiap pelajar hanya dibenarkan menghantar maksimum satu penyertaan sahaja.
Penting:
Permohonan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan, dengan hanya satu penyertaan dibenarkan bagi satu kumpulan (kelas atau kelab/persatuan). Individu yang menghantar permohonan mestilah ketua kepada kumpulan tersebut.
Bagi ketiga-tiga pertandingan ini, kakitangan Geotaman Global UNESCO, ahli keluarga terdekat mereka dan sesiapa yang terlibat dalam organisasi atau penilaian pertandingan tidak layak menyertai pertandingan ini.

2. Garis Panduan Penghantaran Dokumen Penyertaan

Penggembaraan Bumi
Semua gambar mesti diambil di dalam lokasi Geotaman Global UNESCO dan mestilah karya asal peserta.
Tiada pihak ketiga yang boleh memiliki hak kepada foto yang dipertandingkan.
Setiap gambar tidak boleh melanggar tanda dagangan, hak cipta, hak moral, harta intelek atau hak privasi mana-mana entiti atau individu.
Imej hendaklah diserahkan dalam format PDF, PNG atau JPEG pada resolusi tinggi.
Tiada imej RAW atau imej TIFF akan diterima.
Saiz fail tidak boleh melebihi 5 MB.
Gambar mestilah sekurang-kurangnya 1,600 piksel lebar (jika imej mendatar) atau tinggi (jika imej menegak).
Gambar juga harus diberikan tajuk bersesuaian dan diberi tarikh dengan nama lokasi gambar diambil dan nama Geotaman Global UNESCO.

Kisah/ Cerita Batu
Semua cerita dan gambar mesti karya asal peserta.
Tidak ada pihak ketiga yang boleh memiliki atau mengawal sebarang bahan yang terdapat dalam cerita atau gambar. Cerita dan gambar tidak boleh melanggar cap dagang, hak cipta, hak moral, harta intelektual, atau hak privasi mana-mana entiti atau individu.
Cerita hendaklah dihantar dalam format teks dengan saiz minimum: 300 patah perkataan dan maksimum 450 patah perkataan.
Gambar berkaitan hendaklah diserahkan dalam format PDF, PNG atau JPEG pada resolusi tinggi. Saiz fail tidak boleh melebihi 10 MB
Gambar mestilah sekurang-kurangnya 1,600 piksel lebar (jika imej mendatar) atau tinggi (jika imej menegak).
Cerita dan gambar juga harus diberikan tajuk bersesuaian dan diberi tarikh dengan nama lokasi gambar diambil dan nama Geotaman UNESCO
Penting: Gambar hanyalah ilustrasi. Pemilihan akan dilakukan mengikut keutamaan pada kualiti penulisan teks.

5 Deria Geotaman Saya
Semua penyertaan mesti karya asal peserta.
Penyertaan perlu dihantar dalam format Microsoft Word kepada kepada 5 bahagian (deria sentuhan, deria penglihatan, deria pendengaran, deria bau dan deria rasa).
Untuk setiap bahagian, panjang karangan adalah antara 70 hingga 150 patah perkataan dengan menjelaskan ciri-ciri kawasan geotaman peserta yang berkait dengan setiap daripada 5 deria tersebut.
Selain daripada teks, walaupun tidak diwajibkan, peserta boleh menghantar satu gambar untuk menggambarkan ciri-ciri Geotaman yang berkaitan dengan deria. Seperti contoh, deria bunyi (pendengaran), peserta boleh menghantar rakaman bunyi pendek yang dibuat dengan telefon pintar (mp3).

3. Bahasa
Semua penyertaan adalah perlu ditulis dalam bahasa tempatan atau kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.

4. Pengubahsuaian Gambar
Gambar mesti dalam keadaan asal tanpa sebarang pindaan.
Penyertaan yang tidak mengikut syarat akan dikeluarkan dari pertandingan, dilucutkan sebarang hak dan dilarang menyertai pertandingan GGN pada masa hadapan.

5. Borang Penyertaan
Semua penyertaan hendaklah dikemukan melalui saluran rasmi.
Penyertaan yang tidak dihantar melalui saluran yang rasmi tidak akan dilayan.
Proses: Pendaftaran penyertaan dilakukan di laman web rasmi pertandingan dan akan dihantar terus kepada UGGp yang berkaitan. Mengikut peraturan dari GGN, setiap UGGp akan memilih 3 pemenang UGGp setempat.
Jika Geotaman ini merupakan satu-satunya dalam sebuah negara, ia akan menghantar terus 3 pencalonan pemenang kepada GGN dengan penulisan teks iringan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.
Jika terdapat beberapa Geotaman dalam sebuah negara, semua Geotaman tempatan akan menghantar pencalonan bagi 3 pemenang mereka kepada Jaringan Geopark Kebangsaan.
Di antara 3 pemenang daripada setiap UGGp Malaysia, Jaringan Geopark Kebangsaan akan memilih 3 pemenang di peringkat kebangsaan dan akan menghantar penyertaan mereka kepada GGN dengan teks yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.
Di antara semua 3 pemenang kebangsaan, GGN akan memilih 3 Pemenang GGN Antarabangsa yang akan menerima anugerah GGN.

6. Penilaian
Penyerahan akan dinilai oleh panel pakar yang dilantik oleh Jaringan Geopark Global. Semua keputusan adalah muktamad.

7. Pembatalan Penyertaan
Jaringan Geopark Global berhak menolak sebarang penyerahan yang dianggap tidak sesuai atau tidak mematuhi peraturan pertandingan yang tidak dinyatakan

8. Hadiah
Hadiah akan diumumkan kemudian. Semua hadiah tidak boleh dipindahkan dan tidak ada alternatif tunai.

9. Penggunaan Cerita Dan Gambar
Dengan menyertai pertandingan, peserta bersetuju bahawa cerita dan gambar yang dihantar boleh digunakan oleh Jaringan Geopark Global untuk tujuan pengiklanan, dimasukkan dalam pangkalan data GGN dan digunakan untuk tujuan promosi dalam apa-apa media tanpa pampasan tambahan.
GGN boleh menggunakan semula imej dan teks beserta imej/gambar seperti di atas untuk kegunaan terhad dan munasabah selagi penggunaan tersebut tidak melibatkan campur tangan dengan hak milik pemilik atau menghalang hak pemilik untuk menggunakan karya tersebut mengikut kehendaknya.
Di bawah syarat yang dinyatakan di atas, penggunaan semula imej dan teks beserta imej/gambar seperti di atas untuk tujuan pendidikan, tujuan promosi/pengiklanan GGN, laporan berita, pengajaran, atau penyelidikan dan untuk kepentingan orang ramai tidak merupakan pelanggaran hak cipta dan dibenarkan oleh pemilik. Syarat yang sama juga terpakai untuk media sosial.

10. Tempoh Pertandingan
Pertandingan akan bermula pada 1 April 2024 dan semua penyertaan mesti diterima sebelum 31 Disember 2024. Pemenang akan diumumkan pada Mac 2025.

11. Pematuhan undang-undang
Semua undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan adalah terpakai. Pertandingan ini tidak sah di tempat di mana dilarang. Dengan menyertai pertandingan, peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan ini serta keputusan pengadil dan Jaringan Geotaman Global adalah muktamad.